HTML clipboard

®
 

KUASA MINDAHTML clipboard HTML clipboard 

 

Tahu dan sedar kah anda bahawa Minda anda mempunyai kuasa yang amat ajaib serta sangat berkuasa sekali??? Sedar kah anda bahawa anda boleh mengawal diri anda serta boleh mengubah diri anda kepada apa yang anda mahukan???, saya rasa masih ramai yang tidak sedar atau sengaja tidak mahu tahu, hanya berserah kepada Yang Maha Esa untuk menentukan nya sahaja....kerana kita telah di ajarkan begitu.....

Cuba ingat firman yang bermaksud : "TIDAK AKU UBAHKAN NASIB SESUATU KAUM ITU, MELAINKAN MEREKA MERUBAHKAN NASIB NYA SENDIRI"

Cuba kita renungkan seketika Firman itu....

Saya juga pada mula nya bersikap sedemikian, tetapi pada pertengahan umur baru saya dapat benar-benar mengetahui sememang nya benar dan pasti...setelah mengambil Doctorate di bidang Hypnotherapy sekitar tahun 1993. Saya membuat kajian dari silibus Ericksonian Hypnosis..saya bukan mengkaji research nya , tetapi mengenai beliau sendiri...Dr. H.Milton Erickson. Beliau di lahir kan cacat kerana penyakit polio. Tidak boleh bergerak seluruh tubuh fizikal nya. Jadi pada umur lebih kurang 7-9 tahun dimana pada satu hari, ibu bapa beliau mahu ke bandar untuk membeli keperluan dapur. Ibu Beliau telah meletakan beliau tepi tingkap terbuka dan mengikat pinggang beliau agar tidak jatuh dari katil.... Di luar tingkap dimana beliau berbaring, sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola keranjang... ada ketika nya beliau terdengar mereka bersorak dan ketawa. Beliau ingin sangat mahu mengetahui apakah yang sedang berlaku di luar sana. Oleh kerana keinginan yang terlalu sangat mengetahui nya, apabila kedengaran sorak dan ketawa, dengan tidak semena beliau bangun dari pinggang keatas dan memegang tingkap serta melihat kejadian di luar...dalam beberapa detik beliau jatuh kembali atas katil....jadi, apa yang berlaku, kata nya dalam hati, tiba-tiba boleh bangun.....oleh kerana ingin sangat maka kuasa minda yang ingin mengetahui kejadian diluar dan dengan keupayaan nya, beliau boleh berbuat demikian...dari semenjak itu beliau memikirkan kejadian ajaib tadi dan akhir nya beliau dapat kesimpulan bahawa dengan kuasa minda dan keupayaan beliau sendiri, beliau berjaya melakukan nya dan dari saat itu beliau mempraktikan dengan berlandaskan kejadian itu, hanya pinggang kebawah tak boleh bergerak...dan akhir nya beliau berjaya menjadi Medical Dokter. Beliau juga adalah bapa Hypnosis moden.

 

Ikibar nya...walaupun cacat dan lumpuh seluruh badan, akhir nya beliau dapat duduk dan bergerak menggunakan kurusi roda dan menjadi Dokter. Beliau juga adalah Bapa Hypnosis Moden dan saorang pakar Hypnotherapy terkemuka dan mempunyai ramai anak murid...sebenar nya beliau telah menggunakan Minda yang tidak lumpuh itu ke arah kejayaan yang sangat cemerlang ini. Jadi...saya percaya sangat hanya dengan kuasa minda dan keupayaan anda boleh merubahkan diri anda kepada apa yang anda ingin kan. 

Cara pemikiran dan posidur penggunaan nya dapat membuatkan kita berjaya dengan amat cemerlang walaupun ianya di anggap mustahil. Pada diri saya sediri di waktu remaja dan dizaman persekolahan adalah seorang yang berdarah gemuruh, selalu panik bila berhadapan dengan Guru, orang yang baru dikenali dan terutama wanita, sehingga lah sudah bekerja, masih berdarah gemuruh dan sukar membuat keputusan apatah lagi bersemuka di khalayak ramai, berpidato...pengsan lah....

Pada tahun 1987, saya mula berjinak kepada ilmu mistik yang saya anggap ada  magik nya...ada power dan sebagai nya, saya mula berguru pada seorang pengamal ilmu mistik bernama Hj. Mohd Yunus bin Hj Mutasan...ilmu mistik banyak ritual nya dan ritual-ritual ini kebanyakan nya tidak masuk akal kalau di fikirkan, oleh kerana keinginan dan atas dasar minat saya meneruskan dan berjaya menamatkan nya dengan keupayaan selama 7 tahun. Mulai dari itu saya mula belajar keilmuan ini di serata Indonesia, tanya sahaja Guru Mistik di Indonesia, pasti mereka kenal saya, terutama Pak haji Dolfi dari Banten , Indonesia serta Pak Roy Sanyoto dan disana juga saya berjumpa dengan seorang yang amat minat dengan Ilmu Hypnosis. Beliau juga adalah peminat Ilmu mistik ini, Maka kami pun memasuki Klass Master Clinical Hypnotherapy yang trainer nya sangat populer di New York, USA, Dr. George Bien phD, penerima pertama anugerah NGH, (National Guild of Hypnosis), dan saya meneruskan nya hingga ke peringkat Doctorate.

Dari klass ini lah saya dapati yang apa saya belajar secara tradisi itu ada berhubung kait nya dengan minda dan keupayaan dan dari semenjak itu saya mula boleh memorgramkan diri saya serta tabiat saya dengan sangat extreme melalui kaedah Self-hypnosis/Hipnosa Diri, dimana saya sekarang tidak takut menghadapai apa juga sitiuasi dan sekarang saya seorang Doctor Hypnotherapy dan seorang Trainer Hypnosis bertauliah serta Human Achievement Specialist...Perubahan yang sangat ketara, dari seorang kerani di Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu dapat saya lakukan perubahan pada diri saya dengan bermodel kan kepada Bapa Hypnosis Moden, Dr. H. Milton Erickson.....

Minda anda boleh di programkan dan di formatkan kepada apa yang anda inginkan, ikut kemahuan anda dengan minda juga anda dapat merealisasikan impian atau idaman anda. Dengan cara dan kaedah yang betul anda boleh menjadi nyatakan idaman anda sehingga kan anda boleh mendapat apa sahaja yang anda inginkan, mendapatkan wanita idaman anda dan sebagai nya....Contoh nya....Bangunan KLCC yang menjadi mercu kemegahan Negara, asal nya dari mana?...dari minda sesaorang kan...di blueprint kan di atas kertas dan akhir nya terseragam indah dan megah di tengah bandaraya....di ilhamkan oleh...ilham datang dari mana...bukan ke Minda..... renung runung lah kejab...Perjalanan hidup anda adalah rancangan dari minda anda juga kan...anda fikir nak buat itu dan ini...dari minda kan.

Satu contoh yang ketara, sesaorang itu akan berkata..." Dapat Proton Saga Jadilah", maka dia dapat Proton Saga tetapi tak dapat Mercedes Benz kan.....cuba renungkan sebentar......

 Jika anda melayari internet, anda boleh dapati banyak cara dan kaedah dalam penggunaan Minda melalui kaedah samada Hypnotherapy, Hypnosis, Mind Control oleh Jose de Silva atau di kenali dengan Silva Mind Control atau dari Antony Robin populer dengan Seduction Hypnosis yang menjadikan beliau Jutawan sekarang. Dr. C.K Banyan yang kini menjadi seorang trainer populer NGH dan mempunyai Institute Hypnosis hampir seluruh Dunia termasuk Singapura dan kaedah Sel-fhypnosis / Hipnosa diri yang anda boleh dengar sahaja dari CD dinamakan Subliminal Message CD. Dengan menggunakan Subliminal CD ini adalah cara temudah dan sangat berkesan untuk memprogramkan diri anda. Saya boleh membuat nya mengikut kehendak anda di samping Subliminal Flasher Message.

Kesimpulan nya....Penggunaan minda...dimana saya membuat kursus minda atas motto : Jambatan yang menghubungkan antara kuasa Minda dan keupayaan anda untuk merealisaikan impian anda.......

Dari itu, saya telah banyak menuplikasi kan keadah bagi mempercepatkan kaedah ini, mempercepatkan proses, BUKAN memintas (Sort cut), di olah dari segi Pengalaman, dari buku-buku serta membuat ujikaji bersama beberapa teman di Indonesia dan menerapkan nya serta membuat beberapa penterjemahan dalam bahasa ibunda. Saya juga menawarkan pelbagai kurus dan program ke arah itu.

Saranan saya supaya anda mula mempelajari nya dari Asas Hipnosis terlebih dahulu. Setingkat demi tingkat supaya anda benar-benar dapat memantapkan serta mempergunakan nya dengan berjaya dan sukses.

Sila layari halaman web saya di :                         http://www.mind-tech.com.my

 

 

 

 

Dari Meja : Dr. ZULKIFLI ALIAS

drzulliasisma

 Tarikh :

Pengasas PERSONAL PSYCHIC DEVELOPEMENT SYSTEM a.k.a PRANA SHAKTI MALAYSIA  dan PENJANAAN MINDA

 

Rahsia Kembali Muda dan Awet Muda

 


 

 



 

 

Web site and all contents © Copyright Mind Tech Resources 2005-2009, All rights reserved.